Waris Imran: Amaran Terakhir, mengisahkan seorang remaja iaitu Imran, yang mengalami konflik akibat keberantakan rumahtangga ayahnya, Tuan Musa, seorang pegawai polis yang korupsi, penzina, pemabuk dan juga panas baran terhadap isterinya, Rozita, seorang usahawan yang berjaya. Tekanan demi tekanan ditimpa oleh Rozita akibat sikap suaminya yang cemburu buta dan takut harta kekayaan isterinya yang melimpah ruah jatuh ke tangan seorang ustaz muda.
Penderaan fizikal dan mental yang diterima Rozita mengakibatkan Imran tertekan dan sering memusuhi ayahnya.
Pelbagai konflik rumahtangga masyarakat Kampung Setanggi didedahkan dengan amalan pantang larang, perbomohan dan persilatan yang banyak menyesatkan masyarakat kampung di samping judi dan minuman yang memabukkan dijadikan amalan.
Kisah penderitaan Rozita dan anaknya, Imran mencapai kemuncak apabila Tuan Musa cuba menyihir Rozita supaya tunduk kepadanya dan memukul ustaz muda yang sering membimbing masyarakat Kampung Setanggi ke arah kebaikan.
Segala penderitaan Rozita berakhir apabila doanya dimakbulkan Tuhan. Pada suatu malam, kampung mereka dilanda hujan ribut yang mengambil beberapa nyawa termasuk bomoh yang menyesatkan dan suaminya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang begitu mengaibkan Imran dan keluarganya..
No comments:
Post a Comment